Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

GURUKU SAYANG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, February 19, 2011

GB SKBJ.. Meraikan Persaraan GB SK Bukit Tempurong.

Guru En.Abd Razak bin Rashid hadir meraikan Majlis Persaraan guru besar SK Bukit Tempurong.
Majlis yg turut dihadiri oleh En.Akhyar bin Wan selaku Pengawai Pengurusan Sekolah Menengah,mewakili PPD Besut.
Majlis diadakan pada hari Khamis,17/2/2011.

SELAMAT BERSARA DARIPADA WARGA SK BUKIT JEROK.

Friday, February 18, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL


ASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAYIDINA ALI RA;
Orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.

Orang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Orang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Golongan AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
Mengawasi dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

23 SEKOLAH LAGI DIIKTIRAF SBT 2011

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

23 Sekolah Berprestasi Tinggi adalah terdiri daripada:
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri.

Friday, February 11, 2011

MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK DUN JABI

MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK DUN JABI,MASA 2.30 PETANG,BERTEMPAT DI SK BUKIT JEROK,PERASMIAN ADUN JABI-TN.HJ .RAMLAN BIN HJ.ALI.


Wednesday, February 9, 2011

Cabaran, perubahan dasar pendidikan

ABAD Ke-21 dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang membangun. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang pendidikan.

Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.' Menurutnya pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal.

Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada kanak-kanak. Tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini.

Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikkan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa.

Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah ketamadunan dunia maka kita dapati ianya bermula dengan masyarakat pertanian yang memberi menekankan kepada aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Bagaimanapun dalam abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi.

Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai 'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan tentang peri pentingnya maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat.

Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara kreatif, strategi penyelesaian masalah dan melibatkan aktiviti ekonomi berbentuk global. Zaman maklumat ini memberi ruang kepada setiap individu untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka melalui techology-powered knowledge dan peluang kepada semua pihak untuk mengikuti pendidikan sepanjang hayat.

Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan globally networkedadalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itu sering dikatakan bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolah-olah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akan ketinggalan dalam persaingan di peringkat global ini.

Seorang lagi penulis terkenal yang telah mengupas tentang perubahan dan cabaran abad ke-21 ialah Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century. Menurutnya ekonomi dunia adalah sangat terikat serta terjalin rapat antara satu negara dengan yang lain dalam suatu bentuk ekosistem ekonomi.

Ini bermakna jika berlaku krisis ekonomi dalam sebuah negara ia akan memberi kesan kepada negara lain. Sebagai contoh ialah krisis pinjaman perumahan yang baru-baru ini berlaku di Amerika Syarikat maka tempiasnya turut terkena dan dirasai oleh negara-negara lain.

Keduanya, terdapat kecenderungan bertambah lebar jurang perbezaan ekonomi antara negara maju dan negara sedang membangun. Perkembangan tidak sihat ini akan membawa pada kepada berlakunya ketegangan sosial, konflik, munculnya kumpulan pelampau dan menjadikan dunia seolah-olah tidak selamat.

Ketiganya ialah wujudnya isu kepanasan global yang membawa kepada kemarau panjang atau perubahan iklim yang boleh menjejaskan bidang pertanian. Selain itu pertambahan mendadak jumlah penduduk dunia yang seolah-olah tidak dapat dikawal terutama di negara-negara sedang membangun. Keadaan ini menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan melebarnya perbezaan dalam strata masyarakat.

Menurut Friedman ketiga-tiga isu besar tersebut sebenarnya boleh dikurangkan atau tangani melalui transformasi dan perubahan dasar pendidikan. Jelasnya pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.

Perkembangan pendidikan di negara kita juga tidak terlepas daripada keperluan masyarakat serta persekitaran politik, sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya Dasar Razak 1956, Dasar Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 adalah berkait rapat dengan tuntutan dan keperluan negara pada masa itu.

Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan sudah tentulah dasar pendidikan yang bentuk pada masa itu adalah bertujuan untuk membina sebuah negara bangsa yang kuat, bersepadu dan dapat bersaing dengan negara-negara lain. Tambahan pula negera kita terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang maka sudah tentulah dasar pendidikan berpaksikan kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan rakyat terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu baru-baru ini Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Transformasi Kurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk kreatif dan inovatif serta menarik minat pelajar-pelajar.

Selain itu diperkenalkan dasar 'Satu Pelajar Satu Sukan' yang bertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam bidang permainan dan sukan supaya mereka lebih cergas dan aktif. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula bagi mengembalikan semula peranan utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di samping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris. Dasar-dasar baru ini akan mula dilaksanakan pada tahun ini.

Sementara itu dasar menghadkan 12 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan penambahbaikkan peperiksaan UPSR dan PMR adalah jelas untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan mampu mengembangkan potensi diri mereka. Dengan kata lain dasar ini mengubah persepsi pendidikan supaya tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi berupaya melahirkan modal insan cemerlang yang sangat diperlukan oleh negara.

Satu lagi dasar baru ialah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai 2013. Ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan menanamkan rasa cintakan negara seperti kata bidalan 'jika tak kenal maka tak cinta.' Usaha menanam cintakan tanah air melalui pendidikan turut menjadi amalan di negara-negara lain.

Seperti yang dinyatakan tadi cabaran baru dunia sekarang ini ialah melalui knowledge age atau k-ekonomi. Dalam hal ini sebenarnya kita telah bersedia dan bertindak lebih awal. Sejak awal 1980-an apabila bermulanya ledakan teknologi maklumat maka sekolah-sekolah kita telah mula memperkanal dan menggunakan peralatan komputer.

Kini penggunaan ICT begitu meluas sekali di mana makmal komputer telah didirikan di semua sekolah. Guru-guru diberi kemahiran melalui latihan dan penggunaan LCD, laptop dan internet di mana pelajar-pelajar kita telah mendapat manfaat yang besar.

Negara akan bertambah maju jika ramai di kalangan penduduknya dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam semua urusan. Sesungguhnya zaman knowledge age dan k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan.
Sumber:  Utusan Malaysia Online

TAHNIAH